Kata Nama

Pendahuluan
Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Sebagai contoh,berikut ini dikemukakan beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata namasebagai inti frasa nama dan perkataan –perkataan lain sebagai penentu atau penerangnya.
 Penggolongan Kata Nama

Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan iaitu:

  •   kata nama khas.
  •   kata nama am. 
  •   kata ganti nama.

Kata nama am hidup manusia

Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am.
Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti yang berikut:
  • guru                           
  • kanak-kanak
  • bayi                            
  • nelayan

Kata nama am hidup bukan manusia

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan
mendukung makna nama am.

Contohnya:
  • gajah                                     
  • jin
  • burung                                   
  • hantu

Kata nama am tak bernyawa.

Kata nama jenis ini terdiri tumbuh – tumbuhan, tempat dan sebagainya daripada perkataan yang merujuk makna nama am.

Contohhnya: 
  • sekolah,hospital,lembaga,majlis,pertubuhan,universiti.
  • rumah,padang,jalan,bandar,negeri,bumi,cakerawala,sungai

No comments:

Post a Comment