Daging
Serbuk kunyit
Kunyit hidup
Garam
bawang besar (hiris)
bawang putih (hiris)
Cili hidup (hiris)
Halia (hiris)
Serbuk perasa
Daging dilumur dengan garam dan kunyit serta kunyit hidup. Direbus dengan air yang sedikit terlebih dahulu supaya daging cepat empuk. Setelah daging empuk dan air kering, masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi. Goreng sehingga daging agak garing, masukkan halia, bawang dan cili hidup yang dihiris. Jangan terlalu garing, kerana daging akan menjadi liat. Masukkan garam dan serbuk perasa.
No comments:
Post a Comment