Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu menunjuk pada yang jauh.
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu:
(i)Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu:
- apa-yang merujuk benda atau perkara
- siapa-yang merujuk orang
- mana-yang merujuk benda atau orang
(ii) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
a) kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, dan kita
b) kata ganti nama diri orang kedua: anda, engkau, awak, dan kamu
c) kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, mereka, dan –nya
Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda
No comments:
Post a Comment